LEICESTER: Chelsea terus mempamerkan aksi memberangsangkan apabila melakar kemenangan keenam musim ini dengan menumpaskan Leicester City 2-1 di Stadium King Power, malam ini.
Gol daripada Nicolas Jackson dan Enzo Fernandez memastikan Chelsea kekal di tangga ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL), sekali gus membuktikan keberkesanan musim pertama Enzo Maresca.
Chelsea menguasai permainan apabila Jackson meledak gol ketujuhnya musim ini pada awal permainan, namun tuan rumah cuba bersaing dan nyaris mengikat kedudukan sebelum rehat menerusi Kasey McAteer.
Pada babak kedua, Chelsea terus mendominasi permainan ...