Blog

Ratusan aktivis iklim ditahan polis ketika protes di Belanda

THE HAGUE: Polis Belanda menahan ratusan aktivis iklim selepas himpunan itu menghalang lebuh raya utama ke bandar ini selama beberapa jam.

Protes yang dianjurkan oleh kumpulan Extinction Rebellion (XR), merupakan sebahagian daripada siri demonstrasi sebelum ini bagi menentang subsidi bahan api fosil Belanda serta meningkatkan kesedaran terhadap kesan perubahan iklim.

Menurut kenyataan Polis The Hague di platform X, seramai 700 orang aktivis ditahan dalam protes di Lebuh Raya A12 itu.

“Tindakan ini menyebabkan kesesakan trafik dan melambatkan perjalanan perkhidmatan kecemasan seperti ambulans,” ...

Read More →
blank

“Senyuman Paling Mahal” – Anak Beri Kejutan Hadiahkan ‘Phone’, Reaksi Bapa Tersenyum Buat Netizen Terharu

Membahagiakan ibu bapa menjadi impian ramai anak-anak terutamanya kerana mahu membalas jasa mereka membesarkan dan mendidik kita.

Bukan harga atau nilai barangan itu sendiri yang menjadi keutamaan namun apa yang mahu kita lihat adalah senyuman yang terukir di wajah mereka.

Seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini di mana seorang wanita berkongsi detik ketika dia membuat kejutan kepada bapanya dengan membelikan telefon pintar yang baru.

Menerusi video itu, wanita tersebut telah merakamkan video secara senyap dari point of ...

Read More →
blank

Pekerja pelantar minyak rugi hampir RM50,000 ditipu ‘Nora’

KUALA TERENGGANU: Hasrat seorang pekerja pelantar minyak untuk mendapat keuntungan singkat musnah apabila mengalami kerugian RM48,905.41 akibat terpedaya sindiket pelaburan tidak wujud. 

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, mangsa yang berumur 51 tahun dan berasal dari Gong Badak, Kuala Nerus dihubungi seorang individu bernama Nora pada 3 Januari lalu.

Katanya, mangsa dipelawa menyertai pelaburan dengan modal serendah RM400 dan dijanjikan keuntungan berjumlah RM5,890 dalam masa enam hingga 24 jam.

Read More →

blank

Pencapaian KDA FC tetap membanggakan

ALOR SETAR: Meskipun berdepan isu tunggakan gaji mencecah 10 bulan, kedudukan Kedah Darul Aman (KDA) FC dalam saingan Liga Super masih dianggap membanggakan setelah berada di tangga keenam daripada 13 pasukan bertanding.

Sehubungan itu ketua jurulatih sementaranya, Victor Andrag berkata, para pemain wajar menerima penghormatan oleh semua peminat bola sepak terhadap usaha dan semangat ditunjukkan di sebalik 1,001 masalah dihadapi.

Katanya, kejayaan mencatat tiga kemenangan berturut-turut dalam keadaan mereka dilanda masalah berpanjangan jelas menunjukkan betapa besar pengorbanan pemain buat pasukan itu.

“Bersandarkan ...

Read More →
blank

Natasha masih ‘dahagakan’ kejuaraan

KUALA LUMPUR: Natasha Mohamed Roslan mengakui belum puas dengan kejayaan dikecapinya dalam arena boling meskipun telah melengkapkan koleksi kejuaran dengan mengungguli Piala Dunia dan Kejohanan Dunia.

Kelmarin, Natasha memahat sejarah dalam sukan boling negara apabila menjadi pemain boling wanita pertama merangkul kejuaraan Kejohanan Piala Dunia 2025 di Kowloon, Hong Kong, sekali gus menamatkan kemarau 13 tahun Malaysia di pertandingan tersebut.

Kali terakhir Malaysia memenangi kejuaraan itu pada tahun 2012 di Wroclaw, Poland menerusi pemain lelaki negara, Syafiq Ridhwan Abdul Malek.

Pencapaian berkenaan ...

Read More →
blank

Harimau Malaya berwajah baharu

PETALING JAYA: Skuad Harimau Malaya bakal berwajah baharu apabila dijangka akan dibarisi beberapa pemain warisan menjelang kempen pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027 yang akan bermula pada Mac ini.

Menerusi perkongsian di laman sosial Instagram, pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail mendedahkan enam hingga tujuh pemain warisan telah dikenalpasti untuk menyarung jersi skuad kebangsaan.

Dalam masa yang sama, Tunku Mahkota Ismail turut berharap pihak kerajaan dapat memberi kerjasama dengan mempercepatkan proses mendapatkan pasport bagi kesemua pemain tersebut.

“Kami telah mengenal pasti enam ...

Read More →
blank

Tubuh jawatankuasa bebas tanpa wakil FAM

PETALING JAYA: Jawatankuasa bebas tanpa kehadiran mana-mana individu yang mewakili Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) termasuk dari pihak sekretariat badan induk itu perlu ditubuhkan.

Ini selepas pelbagai isu timbul menjelang Kongres Pemilihan FAM pada 15 Februari depan termasuk dua kes membabitkan borang pencalonan yang tidak mendapat daripada dua Persatuan Negeri (FA).

Pemerhati bola sepak tempatan, Mohd Sadek Mustafa berkata, isu penipuan borang pencalonan berlaku ekoran kehadiran beberapa individu dalam Jawatankuasa Pemilihan itu yang boleh menimbulkan pelbagai andaian dan persepsi negatif meskipun difahamkan ...

Read More →
blank

Minggu sukar buat KL City FC

PETALING JAYA: Ketua jurulatih Kuala Lumpur (KL) City FC, Miroslav Kuljanac enggan menjadikan keletihan sebagai penghalang kepada pasukannya untuk memburu tiga mata menentang Selangor FC dalam aksi Liga Super hari ini.

KL City FC tiba di ibu negara dari Singapura petang kelmarin yang sebelum itu tewas 2-0 kepada Lions City Sailors FC dalam saingan Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) 2024/2025, Khamis lalu.

Pengendali dari Croatia itu mengakui dia tidak mempunyai yang banyak masa untuk melakukan persiapan bagi menghadapi Selangor FC di Stadium ...

Read More →
Page 723 of 2,193 «...700710720721722723724725...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X