Blog

Zontes 368G – Berat tapi lasak!

SKUTER maxi atau skuter besar semakin popular di Malaysia, dan seperti biasa, pasaran motosikal alaf baharu mempunyai kemahuan dan kehendak yang mencabar syarikat automotif.

Untuk genre ini, mereka mahukan skuter yang besar dan dengan gaya adventure, agar boleh pergi menunggang off-road seperti sebuah scrambler atau motosikal dwi-fungsi.

Realitinya, anda akan dapat skuter besar yang berat dan kebolehan meredah semak samun sama seperti sebuah Proton Wira Aeroback – tidak begitu menarik dan lebih banyak merosakkan kenderaan.

Apa pun, kita kena akui tren skuter ...

Read More →

“Tiga Kali Kau Tak Pergi Solat Jumaat, Kau Dah Bukan Islam”

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok baru-baru ini, usahawan sensasi, Kak KM atau Liana Rosli menitipkan pesanan buat kaum lelaki yang tidak menunaikan solat Jumaat.

Menerusi video yang dimuat naik semula oleh pengguna TikTok, Kak KmM berkata lelaki yang tidak menunaikan solat Jumaat sebanyak tiga kali secara tidak langsung bukan Islam.

“Tiga kali kau tak pergi solat jumaat, kau dah bukan Islam ya. Ingat benda itu. Mana la tahu, sebelum solat kau dah ada niat tak nak pergi solat Jumaat, mati,” ...

Read More →
blank

Kelantan gubal 16 Seksyen Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 Julai ini

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan menggubal semula 16 seksyen terbatal dari Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 pada Julai semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan berkata, hal ini kerana draf kerja pindaan enakmen berkenaan yang sedang diusahakan oleh Jawatankuasa Teknikal Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 dijangka siap pada penghujung Februari nanti.

“Saya belum lihat lagi draf kerja pertama itu kerana proses penyiapannya masih berjalan tetapi kita sudah meletakkan kerangka ...

Read More →
blank

Farid Kamil buat perangai? – Utusan Malaysia

Cik Bunga tidak faham juga mengapa pelakon yang seorang ini tiba-tiba hendak buat perangai pelik-pelik. Cik  Bunga merujuk kepada satu isu di mana kononnya Farid Kamil rupanya bergaduh dengan penerbit filem Bisikan Dosa yang baharu sahaja menjengah pawagam Khamis lalu. 

Bisikan Dosa menyaksikan Farid membintangi filem itu bersama Che Puan Juliana Evans, Uqasha Senrose, Sara Ali dan Sherry Merlis. Terus-terang, Cik Bunga sendiri turun padang semasa majlis tayangan perdana filem itu diadakan baru-baru ini. 

Boleh ...

Read More →
blank

Pelakon marah jual cerita cinta

Ini pula kisah yang Cik Bunga dengar dari belakang tabir. Hendak dijadikan cerita, Cik Bunga balik lambat juga daripada sebuah program realiti televisyen baru-baru ini. 

Berpeluang borak-borak dengan kawan seindustri, Cik Bunga dikhabarkan dengan kelakuan seorang penyanyi dan pelakon ini. Kononnya dia tidak suka menjadi bahan orang lain yang sesuka hati menjual cerita tentang cintanya. 

Alamak, setahu Cik Bunga, dia juga sendiri yang berkongsi ‘rahsia’ mengenai perkara itu di media sosial. Habis itu, kenapa nak ...

Read More →
blank

GV11: Arrora Salwa tersingkir di minggu ke-8

SHAH ALAM: Perjalanan Arrora Salwa dalam pertandingan Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) terhenti apabila penyanyi itu diumumkan tersingkir pada minggu ke-8.

Arrora yang membawakan lagu Cinta Hanya Sandaran dipopularkan Siti Nordiana gagal menambat hati juri sekali gus berada pada kedudukan tercorot.

Penyanyi tinggi lampai yang ditemui selepas konsert itu malam tadi memaklumkan telah bersedia lebih awal berdepan penyingkiran.

blank Read More →

blank

5 permusuhan besar dalam dunia Hip Hop

Dunia muzik hip hop mungkin bukan genre yang selalu dibahaskan berbanding alunan membuai balada atau kerumitan piano Beethoven. Namun begitu, genre hip hop juga tidak kurang menariknya apalagi sejarah kewujudannya lebih setengah abad.

Bermula sebagai subbudaya bawah tanah, genre ini kemudian mengumpul peminat, pengkarya hingga menembus dinding arus perdana lewat 90-an.

Jika melihat kepada sejarah, muzik hip hop dahulunya bukalah seperti hari ini yang dipenuhi wang dan rumah agam. Berikut kami senaraikan antara lima  permusuhan ...

Read More →
blank

Erra Fazira, Mr E Makin Terbuka Kongsi Keakraban Kepada Umum

Pelakon Erra Fazira dilihat tidak berselindung dan semakin terbuka berkongsi keakraban bersama jejaka dikenali sebagai Mr. E di media sosial. 

Baru-baru ini, menerusi perkongsian Insta Story Mr E, atau nama sebanarnya Ezwan Zain ada memuat naik gambar memaparkan mereka berdua melawat seorang rakan di sebuah pusat perubatan.

Terdahulu, Erra mengaku sedang mengenali seseorang namun meminta agar semua pihak memberi ruang kepadanya.

Sementara itu, Mr E tidak menafikan yang mereka kini sedang dalam fasa mengenali hati budi namun hubungan mereka tidak lebih ...

Read More →
blank

“Tiga Kali Kau Tak Pergi Solat Jumaat, Kau Dah Bukan Islam Ya”

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok baru-baru ini, usahawan sensasi, Kak KM atau Liana Rosli menitipkan pesanan buat kaum lelaki yang tidak menunaikan solat Jumaat.

Menerusi video yang dimuat naik semula oleh pengguna TikTok, Kak KmM berkata lelaki yang tidak menunaikan solat Jumaat sebanyak tiga kali secara tidak langsung bukan Islam.

“Tiga kali kau tak pergi solat jumaat, kau dah bukan Islam ya. Ingat benda itu. Mana la tahu, sebelum solat kau dah ada niat tak nak pergi solat Jumaat, mati,” ...

Read More →
blank

Hatrik Wenzel-Halls gagal bantu Penang FC raih mata penuh menentang Perak

GEORGE TOWN : Penang FC mensia-siakan kelebihan dua gol pada separuh masa pertama apabila hanya mampu seri 3-3 ketika menerima kunjungan Perak FC di Stadium Bandaraya, malam ini.

Dalam perlawanan tersebut, penyerang import kelahiran Australia, Dylan Wenzel-Halls berjaya meledak hatrik, namun, ketiga-tiga gol yang dijaringkannya pada separuh masa pertama itu tidak cukup untuk membantu Penang FC memungut tiga mata penuh.

Pelawat sebelum itu bermula garang apabila terlebih dahulu menguji gawang tuan rumah iaitu seawal minit kedua menerusi rembatan deras oleh bekas ...

Read More →
Page 719 of 2,192 «...690700710717718719720721...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X