Blog

Amira Othman Akui Tumpang Populariti Fattah Amin 

Penyanyi Amira Othman mengakui senjaga mencipta gimik kononnya menjalin hubungan dengan duda terhangat Fattah Amin untuk menjayakan lagu barunya, Bila Nak Kahwin.

Memetik Kosmo, Amira berkata dia mengambil risiko untuk melakukan gimik berkenaan sebagai cara mempromosikan lagu barunya serta berharap ianya tidak melukakan hati peminat.

“Saya sedar mungkin ramai yang suka atau tidak suka dengan gimik ini. Saya harap gimik ini tidak lukakan hati peminat dan penyokong saya,” katanya.

Sementara itu, Amira berkata dia sedia dikritik apabila melakukan gimik tersebut serta sedar ...

Read More →

Nad Zainal Dikatakan Muka Awam, Tak Sesuai Jadi Heroin

Pelakon Nad Zainal dilihat memberikan respon apabila ada segelintir netizen yang mendakwa wajahnya tidak sesuai menjadi peneraju utama drama.

Menerusi video dikongsikan di TikTok, bagaimanapun Nad meluahkan rasa syukur kerana wajah ‘awam’ yang dimiliki kerana dia boleh membawa pelbagai watak.

“Bila orang kata sebagai heroin kau tak cukup lawa untuk slot 7 pm, tapi sebabkan muka kau muka awam selalu dapat watak kampung, watak cacat, watak psiko. Jadi nak gembira atau sedih?” tulisnya.

Sementara itu, Nad berkata rezeki seseorang bukan bergantung kepada ...

Read More →
blank

Lori marak terbakar bergerak sendiri tanpa pemandu

SEPANG: Detik cemas sebuah lori marak terbakar dan bergerak sendiri tanpa pemandu mencetuskan suasana panik di Jalan Cyberjaya-Dengkil, berhampiran susur keluar ke Putrajaya, petang semalam.

Insiden luar biasa itu sempat dirakam oleh orang awam yang memaparkan lori tersebut terbakar marak sambil ‘menyusuri’ jalan raya tanpa kawalan, seolah-olah babak dari filem aksi.

Rakaman berdurasi 60 saat itu menyaksikan lori berkenaan akhirnya terbabas selepas merempuh besi penghadang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan G Shan Gopal ketika dihubungi hari ini mengesahkan insiden itu yang ...

Read More →
blank

Biden mansuhkan hutang pendidikan lebih 150,000 peminjam

blank

blank

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengumumkan pembatalan pinjaman pelajar melibatkan lebih 150,000 lagi peminjam. Pembatalan hutang yang diumumkan itu berjumlah lebih AS$4.2 bilion (RM18.9 bilion). Biden berkata, pemansuhan hutang pendidikan oleh pentadbirannya untuk warganegara AS kini sudah melebihi lima juta orang. Pembatalan hutang pelajar baharu menyasarkan golongan yang menjadi penipuan institusi, peminjam dengan … Read More →

blank

“Tangan Terketar-Ketar Bila Nak ‘Packing’ Barang…” – Jasmine Suraya Bersiap Sedia Jika Diarah Berpindah Dari Kawasan Kediaman

Pelakon, Jasmine Suraya Chin memaklumkan bahawa kawasan kediamannya di West Hollywood, Los Angeles, Amerika Syarikat berada di tahap amaran peringkat kedua dan berjaga-jaga.

Memetik dari Harian Metro, Jasmine berkata, perintah berkurung yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan sebelum ini sudah tamat, namun penduduk dinasihatkan untuk bersiap sedia dengan semua barang penting sekiranya terpaksa berpindah.

blank

Read More →
blank

Kapal pengawal pantai terbesar China ugut nelayan Filipina

blank

blank

MANILA : Kerajaan Filipina melahirkan kebimbangan berhubung penghantaran kapal pengawal pantai terbesar China ke dalam Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) negara itu.  Langkah itu disifatkan sebagai tindakan mengancam dan bertujuan menakut-nakutkan nelayan yang beroperasi di kawasan perairan yang menjadi pertikaian di Laut China Selatan.   Jurucakap Majlis Keselamatan Negara, Jonathan Malaya berkata, pihaknya terkejut dengan peningkatan agresif … Read More →

blank

Ryt Bank peroleh lesen perbankan digital

PETALING JAYA: Kementerian Kewangan memberikan lesen perbankan digital kepada YTL Digital Bank Bhd, yang merupakan kerjasama antara YTL Digital Capital Sdn Bhd dan Sea Limited.

Perbankan yang dinamakan sebagai Ryt Bank menjadi bank generasi baharu dan dijadual memulakan operasinya sejak 20 Disember lalu. Bagaimanapun, ia akan dilancar secara berperingkat kepada orang ramai bagi memastikan pelancaran tanpa gangguan.

Ketua Pegawai Eksekutif Ryt Bank, Melvin Ooi berkata, Ryt Bank disokong oleh YTL Capital dan Sea Limited bakal memainkan peranan membuat perubahan dalam perbankan ...

Read More →
blank

Polis Ada Hak Periksa Telefon Bimbit Orang Awam Jika Ada Syak Wasangka Munasabah – Ketua Polis Negara

Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh memeriksa telefon bimbit individu jika terdapat laporan polis, siasatan, atau syak wasangka jenayah, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Beliau menjelaskan, hak ini tertakluk di bawah Seksyen 3(3) Akta Polis dan Seksyen 23(1) Kanun Tatacara Jenayah (CPC). Pemeriksaan juga dibenarkan untuk memastikan tiada kandungan lucah atau ancaman seperti yang dinyatakan dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Seksyen 249 AKM memberi kuasa untuk mendapatkan akses kepada data berkomputer, termasuk telefon bimbit.

 

Seksyen 116B Kanun Prosedur Jenayah ...

Read More →
blank

Misi Kementerian Perpaduan Negara 2025

“Perpaduan bukan sekadar slogan, ia adalah asas kestabilan negara kita!”

Begitulah mesej yang ditekankan oleh YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara, dalam amanat tahun baharunya di Putrajaya. Dengan tema ‘Harmoni Dalam Kepelbagaian’, tahun 2025 akan menjadi tahun yang penuh warna-warni untuk perpaduan negara kita.

1. Ekosistem Perpaduan

Platform ini akan jadi tempat rakyat kita saling berinteraksi, lebih mesra, dan memahami antara satu sama lain.

2. Inisiatif Harmoni MADANI

Usaha ini mahu tingkatkan keharmonian antara pelbagai kaum dan ...

Read More →
blank

Jun Hao ketuai tiga beregu negara mara ke pusingan kedua Terbuka India

PETALING JAYA: Pemain perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao memulakan langkah kanan pada Terbuka India 2025 apabila mencipta kejutan mengatasi jaguh No. 6 dunia, Li Shi Feng, pada aksi puisngan pertama, hari ini.

Pada aksi yang berlangsung di Kompleks Sukan Indira Gandhi, New Delhi, pemain berusia 26 tahun itu menumpaskan wakil dari China berkenaan pada pertarungan tiga set 21-18, 17-21, 21-18 dalam masa 78 minit.

Kemenangan terbabit memberi kemanisan kepada anak jati Kuala Lumpur itu susulan tewas kepada juara Asia terbabit ...

Read More →
Page 711 of 2,193 «...680690700709710711712713...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X