PETALING JAYA: Mayat seorang lelaki warga Indonesia berusia 20-an ditemukan di Sungai Langat, Bandar Baru Bangi, malam semalam selepas dia dilaporkan terjatuh ke dalam sungai semasa menjala ikan pada 13 Januari lalu.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, mangsa dilaporkan tergelincir dan jatuh ke dalam sungai semasa menjala kira-kira pukul 9.58 malam dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang melibatkan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor telah diaktifkan sejurus ...