Penyanyi Amira Othman mendedahkan dia hampir berkahwin dan menamatkan zaman bujang namun hubungan putus di tengah jalan.
Memetik Oh Bulan, Amira berkata dia reda dengan apa yang berlaku namun dia memilih untuk tidak berkongsikan perkara itu kerana menjaga hubungan baik serta enggan mendedahkan identiti lelaki tersebut.
“Walaupun hubungan itu sudah terlerai tetapi kami berdua masih menjaga hubungan baik. Siapa lelaki itu biarlah menjadi rahsia.
“Saya yakin, walaupun sudah merancang untuk ke fasa halal tetapi tidak menjadi, saya hanya fikir yang baik-baik ...