Isteri kepada pelawak, Nabil Ahmad iaitu Nazirah Ayub menjelaskan suaminya tidak sengaja memuat naik video lamanya di Instagram Story pada bulan November yang lalu.
Memetik dari OhBulan!, Zira memberitahu video tersebut merupakan simpanan lama yang disimpan di Instagram.
Read More →

Pengendali umrah perlu telus, jangan ambil kesempatan
KUALA LUMPUR: Syarikat yang mengendalikan umrah perlu bertanggungjawab dalam pelaksanaan pakej bagi mengelakkan pengkhianatan berlaku kepada jemaah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, agensi berkaitan tidak boleh mengambil kesempatan ke atas kepercayaan yang diberikan pengguna untuk kepentingan sendiri.
“Jadi kita kena pegang amanah tersebut. Jangan ada terlintas niat di hati untuk mengambil wang daripada mereka yang ingin mengerjakan umrah untuk kepentingan diri.
“Ini merupakan satu perbuatan zalim yang kita tidak boleh terima. Orang hendak ...

Kawasan majoriti Melayu, Islam di Ipoh tuntut tiada penjualan arak
IPOH: Terdapat desakan di beberapa kawasan dalam Ipoh yang majoriti penduduk Melayu dan Islam menuntut supaya tiada penjualan arak di kawasan mereka.
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, kumpulan tersebut mahu mahu larangan itu dilakukan seperti mana tindakan sama berlaku di Gugusan Manjoi iaitu penempatan yang hampir sepenuhnya adalah masyarakat Melayu dan Islam.
Jelasnya, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menerima sebarang permintaan daripada penduduk namun perkara itu akan dikaji terlebih dahulu dari segi kelulusan.
“Sekarang ini di kawasan-kawasan majoriti Melayu selain Manjoi ...

“Itu Isteri Saya, Suka Hati Saya Lah Nak ‘Reveal’ Atau Tidak” – Andika Putera Jawab Soalan Netizen Isu Wajah Isteri Tidak Didedahkan
Pempengaruh terkenal, Andika Putera mendedahkan sebab dia tidak mahu mendedahkan wajah isterinya.
Menerusi satu hantaran di Instagram Storynya, dia menjawab persoalan itu selepas ditanya sendiri oleh pengikutnya.
Itu bini saya, suka hati saya nak reveal atau tidak. Itu semua ...

Asrama haram, rumah urut digempur, 72 PATI dicekup
MUAR: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor menahan 72 warga asing dalam operasi selepas menggempur sembilan kilang dan asrama haram di sini, termasuk empat buah rumah urut di Batu Pahat.
Pengarah JIM Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, serbuan menerusi Op Mahir dan Op Sapu itu susulan aduan awam berhubung sejumlah warga asing bekerja tanpa pas yang sah serta tidak memiliki dokumen perjalanan untuk tinggal di Malaysia.
“Seramai 374 warga asing termasuk warga tempatan diperiksa,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, seramai ...

Atasi segera isu buli siber
GEORGE TOWN : Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mahu penyelesaian segera diambil bagi memastikan isu buli siber dalam kalangan dewasa dan kanak-kanak diatasi.
Wan Azizah berkata, pada masa ini isu berkenaan berada pada tahap serius dan perlu ditangani segera lantaran ada mangsa yang sanggup mengambil nyawa sendiri berikutan buli siber.
Beliau yang juga Pengerusi Kasih Malaysia berkata, anak-anak masih muda sedangkan dunia digital ini luas dan penuh cabaran, justeru tapisan ke atas pencarian dan maklumat di ...

Utusan Malaysia menang Anugerah Pena Emas OSHpOP 2024
KUALA LUMPUR: Akhbar Utusan Malaysia, mengungguli majlis Anugerah Kebangsaan Kecemerlangan Prinsip Pencegahan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHPop) 2024, semalam.
Pengarang Berita Utasan Malaysia, Mohd. Shahriza Abdullah memenangi Anugerah Pena Emas pada majlis anjuran Persatuan Keselamatan dan Kesihatan Perindustrian Malaysia (MiSHA) itu dengan membawa pulang plak dan sijil penghargaan.
Turut menang lapan lagi wakil media masing-masing daripada Bernama, Berita Harian, RTM, Majoriti (The Star), ASTRO Arena, Malaysia Tribune ...

Seorang Individu Ditahan Selepas Memandu Secara Berbahaya, Didakwa Hampir Langgar Polis Trafik
Baru-baru ini, tular satu video di TikTok memaparkan seorang wanita dikepung oleh beberapa orang polis trafik dan juga orang awam.
Difahamkan, wanita tersebut memandu secara berbahaya serta cuba melanggar anggota polis itu di persimpangan Jalan Imbi – Jalan Sultan Ismail.
Wanita tersebut dipercayai cuba melanggar anggota trafik itu kerana dia mahu melarikan diri setelah enggan berhenti meskipun diarahkan untuk berbuat ...

Lelaki OKU Diserang Beramai-Ramai Di Pasar Tani, Polis Kini Buru Suspek
Baru-baru ini, tular beberapa video memaparkan kejadian yang berlaku di Pasar Tani Padang Astaka, Chukai, Kemaman, apabila seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) kategori ketidakupayaan mental menjadi mangsa serangan fizikal.
Insiden berlaku dipercayai selepas motosikal yang ditunggang mangsa secara tidak sengaja melanggar sebuah gerai jualan.
Read More →

Penempatan warga asing digempur, 76 PATI ditahan
PETALING JAYA: Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) menggempur penempatan pekerja warga asing di Shah Alam dan Kajang dekat sini dan menahan seramai 76 pendatang asing tanpa izin (PATI) semalam.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, operasi kira-kira pukul 5 pagi itu dijalankan susulan aduan awam berhubung PATI yang disyaki tinggal di penempatan tersebut tanpa memiliki pas dan dokumen pengenalan diri yang sah.
Beliau berkata, seramai 113 anggota terlibat dan menjalankan pemeriksaan terhadap 374 warga asing ...