LONDON: Pemain gantian, Darwin Nunez muncul wira Liverpool apabila meledak dua gol pada masa kecederaan ketika The Reds menumpaskan Brenford 2-0, sebentar tadi.
Pengurus Liverpool, Arne Slot memasukkan Nunez pada minit ke-65 bagi menggantikan Luiz Diaz bagi menguatkan lagi barisan hadapan untuk memburu jaringan.
Penyerang Uruguay itu membalas kepercayaan Slot apabila meledak gol pertama pada minit ke-91 dengan menyudahkan umpanan dari dalam kotak penalti oleh Trent Alexander Arnold.
Dua minit kemudian, Nunez sekali lagi menemui sentuhan apabila merembat deras bola ke dalam ...