Blog

Ira Kazar Tak Terima Pinangan Buat Masa Sekarang

Bekas isteri pengarah terkenal, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar berkata dia enggan menerima pinangan untuk berkahwin lagi buat masa sekarang.

Menerusi video dikongsikan oleh usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri, Ira berkata dia bahagia dengan kehidupannya sekarang selepas hampir tiga bulan bercerai.

“Contohlah ada orang cuba nak masuk minang sekarang, adakah awak terima atau menolak dalam masa terdekat ini,” soal Aliff Syukri.

“Tak (kahwin), buat masa sekarang saya tidak terima pinangan. Sebab saya bahagia saya yang sekarang,” jawab Ira Kazar.

Sementara itu, Ira ...

Read More →

Ismail Izzani ada kekasih baharu?

Baru-baru ini, Cik Bunga ada kesempatan menonton konsert artis antarabangsa Akon di ibu
negara. Meriah betul konsert tersebut dan Cik Bunga tengok, ramai juga rakan artis hadir.

Antara ramai-ramai artis yang Cik Bunga sempat nampak, mata kita terus terpana kepada seorang artis muda ini. Tidak lain tak bukan, Ismail Izzani.

Tidak sangkalah dia pun peminat Akon. Belum sempat Cik Bunga hendak datang tegur, mahu ucap ...

Read More →
blank

Sri Pahang tunjuk Selangor FC jalan keluar

PETALING JAYA: Sri Pahang berjaya mengesahkan tempat ke suku akhir selepas menyingkirkan
Selangor FC dengan agregat 3-2 pada aksi peringkat 16 terbaik Piala Malaysia 2024.

Kemaraan itu disahkan selepas Tok Gajah mencatat kemenangan 2-1 ke atas Gergasi Merah pada perlawanan kedua peringkat itu di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, sebentar tadi.

Beraksi di hadapan penyokong sendiri, Selangor terlebih dahulu dikejutkan dengan jaringan pembukaan oleh Hidalgo yang menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-25.

Tersentak dengan jaringan itu, tuan rumah kembali mengatur gerakan untuk ...

Read More →
blank

Netizen Kecewa Tengok Tudung Aprena Manrose Dah Terbang

Baru-baru ini perkongsian video yang dimuat naik oleh pelakon Nadiyah Shahab di TikTok menjadi perhatian ramai memaparkan beberapa individu termasuk aktres Aprena Manrose dan Nelydia Senrose.

Difahamkan, video tersebut dimuat naik oleh Nadiyah ketika berada di lapangan terbang untuk berlepas ke Jakarta.

Namun, apa yang lebih menjadi perhatian adalah penampilan Aprena yang dilihat tidak mengenakan hijab sebaliknya hanya memakai topi serta menampakkan rambut serta lehernya.

Diruangan komen rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa Aprena dilihat tidak bertudung serta tertanya-tanya adakah sudah free hair.

Sementara ...

Read More →
blank

KL City FC mara ke suku akhir Piala Malaysia

PETALING JAYA: Kuala Lumpur (KL) City FC mengesahkan tiket ke suku akhir Piala Malaysia selepas menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) FC 4-1 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Keputusan itu menyaksikan skuad kendalian Miroslav Kuljanac yang tewas 2-3 pada aksi pertama di Stadium Darul Aman, 22 November lalu bangkit menyingkirkan KDA FC dengan agregat 6-4.

Dalam aksi tersebut, KL City FC tidak menunggu lama untuk menembusi gawang lawan hasil jaringan kapten, Paulo Josue pada minit ke-15 menerusi sepakan bila mati.

Selang ...

Read More →
blank

Manchester United ‘kenduri’ gol benam Everton

MANCHESTER: Marcus Rashford dan Joshua Zirkzee mempamerkan sentuhan penyudah ‘sempurna’ ketika membantu Manchester United melakar kemenangan besar 4-0 ke atas Everton di Old Trafford, sebentar tadi.

Perlawanan kedua dibawah kendalian Ruben Amorim dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) nyata berbeza berbanding ketika perlawanan pertama berdepan Ipswich Town yang berkesudahan 1-1.

Keputusan itu menyaksikan The Red Devils meraih kemenangan kedua berturut-turut di laman sendiri.

Pada aksi itu, United terpaksa menunggu sehingga minit ke-34 untuk membuka tirai jaringan menerusi rembatan Rashford dalam kotak penalti.

Tujuh ...

Read More →
blank

Kor Ming arah siasat punca banjir di Fair Park

BATU GAJAH: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan meneliti langkah terbaik bagi mengatasi kejadian banjir kilat yang pertama kali melanda Arena Kepayang Putra, Fair Park di Ipoh hari ini.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, pihaknya sedang menunggu laporan mengenai insiden banjir tersebut yang dianggap mengejutkan kerana tidak pernah berlaku hampir 30 tahun sejak kawasan itu didiami penduduk.

Beliau juga yang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kepayang berkata, pusat khidmatnya sudah turun padang bagi menyantuni penduduk dan mengusahakan bantuan yang boleh ...

Read More →
blank

Gajah ‘lemas’ banjir di Sungai Pahang dekat Kampung Pulau Mansok

JERANTUT: Bangkai seekor gajah liar ditemukan terapung di Sungai Pahang berdekatan Kampung Pulau Mansok dekat sini hari ini.

Kejadian itu tular di laman sosial Facebook Skuad Bencana Jerantut, Jerantut Viral dan penduduk daerah ini sejak ditemukan oleh beberapa nelayan sungai petang hari ini.

Seorang nelayan sungai, Azman Yusoff, 54, berkata, ketika itu dia menaiki bot untuk menjala ikan berdekatan tempat kejadian.

“Dalam jarak kira-kira 50 meter, saya ternampak seakan-akan sebuah batu hitam besar timbul di permukaan sungai. “Saya agak pelik melihat objek ...

Read More →
blank

Azira Syafinaz, Fabian Loo rangkul anugerah di FFAS ke-61

GENTING HIGHLANDS : Bersaing dengan barisan pelakon antarabangsa lain, rezeki bagaimanapun berpihak kepada dua pelakon tanah air, Azira Syafinaz dan Fabian Loo yang berjaya membawa pulang trofi untuk dua kategori pencalonan mereka.

Menerusi Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, kemenangan Azira dan Fabian sekaligus menyaksikan keupayaan mereka mengharumkan nama negara sempena penganjuran festival berprestij tersebut.

Azira meraih kemenangan tersebut menerusi filem Indera manakala Fabian pula menerusi nakshah berjudul Rain Town.

Mengulas mengenai kemenangan tersebut, Azura berkata, ...

Read More →
blank

Young Tigers tempah laluan berliku

PETALING JAYA: Hasrat skuad hoki remaja negara untuk menamatkan saingan peringkat Kumpulan B Piala Remaja Asia sebagai juara tidak kesampaian apabila tewas 4-1 kepada Pakistan di Stadium Hoki Oman, Muscat, sebentar tadi.

Kekalahan itu turut menyaksikan skuad kendalian I Vikneswaran berdepan tugas getir apabila dijadual menentang juara bertahan, India di peringkat separuh akhir kejohanan pada Selasa ini.

Sufyan Khan muncul wira Pakistan apabila menjaringkan tiga gol dalam aksi tersebut masing-masing pada minit ketiga, ke-35 dan ke-58 manakala satu lagi jaringan dihasilkan ...

Read More →
Page 694 of 1,992 «...670680690692693694695696...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X