KLUANG: Ke mana dia pergi? Itulah persoalan bermain operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) dalam usaha mengesan seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang selepas memasuki kebun kelapa sawitnya di Batu 17 Kahang di sini lima hari lalu.
Misi SAR diketuai Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang, Superintenden Nik Mohd. Azmi Husin dan dianggotai tujuh pegawai serta 58 anggota pelbagai pasukan penyelamat termasuk beberapa ekor anjing pengesan itu seolah-olah buntu kerana masih belum menemui apa-apa petunjuk untuk membawa ...