SEREMBAN: Seorang lelaki warganegara asing ditahan selepas dia didapati membiarkan anak lelakinya bergayut pada sebuah kenderaan pacuan empat roda di Nilai dekat sini dengan video kejadian itu turut tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, tangkapan ke atas lelaki berkenaan selepas polis mengesan rakaman video terbabit pada pukul 11.10 pagi tadi.
“Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai telah mengambil langkah dengan mengesan dan menahan ...