SEPANG: Polis meminta bantuan orang awam untuk mengesan lima beranak selepas kali terakhir dilihat pada malam Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, mangsa yang hilang membabitkan pasangan suami isteri masing-masing berusia 37 tahun serta tiga anak mereka berusia 5, 8 dan 10 tahun.
Beliau berkata, kehilangan mangsa dimaklumkan adik mangsa menerusi laporan polis yang dibuat hari ini.
“Pengadu memaklumkan kesemua mangsa dilihat keluar dari rumah mereka di Persiaran Rimba Permai, di sini dengan menaiki sebuah kenderaan jenis ...