GEORGE TOWN : Sebuah vesel nelayan tempatan (VNT) kelas C ditahan bersama empat kru warga Myanmar berhampiran perairan Pulau Kendi, kelmarin kerana didapati melanggar syarat lesen yang ditetapkan.
Pengarah Maritim Pulau Pinang, Kepten Maritim Razali Kasim berkata, penahanan itu dibuat di kawasan kurang daripada 15 batu nautika dari pantai iaitu pada kedudukan 13.8 batu nautika ke selatan pulau tersebut.
“Vesel ini ditahan kerana didapati melanggar syarat lesen apabila melakukan aktiviti perikanan di kawasan yang tidak dibenarkan.
“Keempat-empat kru warga Myanmar yang berusia ...