JOHOR BAHRU: Tiga individu termasuk seorang wanita didakwa di dua Mahkamah Majistret secara berasingan di sini hari ini kerana membunuh dan bersubahat membunuh seorang wanita di Skudai, pada 1 Disember lalu.
Tertuduh, Soo Siau Soon, 31, hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret Hidayatul Syuhada Shamsudin.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana pertuduhan itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian ...