KANGAR: Permintaan feri ke Pulau Langkawi dari terminal Kuala Kedah dan Kuala Perlis di sini menjelang cuti perayaan Tahun Baharu Cina minggu depan masih perlahan.
Pengurus Operasi Langkawi Ferry Line Ventures Sdn. Bhd. (Ferry Line), Norhafiz Abdul Wahid berkata, jualan tiket termasuk secara dalam talian masih kurang memberangsangkan berbanding tahun lalu.
Katanya, berbanding tahun lalu, jualan tiket secara dalam talian sudah terjual sejak dua minggu sebelum perayaan Tahun Baharu Cina namun situasi berbeza kali ini.
Beliau menjangkakan perkembangan tersebut berkemungkinan disebabkan pelancong ...