Blog

Zakat Selangor sasar bantu 94,000 keluarga tahun ini

SHAH ALAM: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyasarkan untuk membantu sebanyak 94,000 keluarga asnaf, fakir dan miskin serta membantu meningkatkan taraf hidup 4,500 individu pada tahun ini.

Pengerusinya, Tan Sri Syed Anwar Jamalullail berkata, beliau yakin sasaran itu dapat diperoleh berdasarkan prestasi yang dicapai institusi berkenaan pada tahun ini.

“Alhamdulillah, kami berjaya mengekalkan momentum itu dan 2024 menjadi tahun yang benar-benar luar biasa bagi kami di Zakat Selangor.

“Kami menyokong hampir 80,000 keluarga asnaf dan lebih 5,000 individu mualaf, termasuk 13,000 keluarga baharu ...

Read More →

KL City tunduk di laman sendiri

KUALA LUMPUR: Kuala Lumpur (KL) City gagal memanfaatkan aksi di laman sendiri apabila tewas 2-3 kepada Cong An Ha Noi FC di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Kekalahan itu menyukarkan The City Boys untuk menempah slot ke separuh akhir Kejuaraan Kelab ASEAN.

Turun dengan misi wajib menang, KL City terlebih dahulu dikejutkan dengan jaringan pembukaan Cong An Ha Noi yang diledak pemain kebangsaan Vietnam, Nguyen Quang Hai pada minit ke-10.

Tersentak dengan jaringan itu, anak buah Miroslav Kuljanac bangkit memburu gol ...

Read More →
blank

Pei Kee-Mei Xing wakil terakhir mara ke suku akhir Indonesia Masters

PETALING JAYA: Beregu wanita negara, Go Pei Kee-Teoh Mei Xing menempah tiket ke suku akhir Indonesia Masters 2025 selepas bermandi peluh untuk menewaskan gandingan India, hari ini.

Menghuni di ranking No. 66 dunia, beregu negara bangkit dari ketinggalan set pertama untuk menundukkan, Tanisha Crasto-Ashwini Ponnappa 13-21, 24-22, 21-18.

Pei Kee-Mei Xing seterusnya berdepan ujian getir apabila dijadualkan bertemu pasangan China,  Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian bagi perebutan tiket ke separuh akhir kejohanan berstatus Super ...

Read More →
blank

Mahkamah Tolak Rayuan Peguam Isu Sekatan Facebook

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang baru-baru ini menolak permohonan seorang peguam, Shamsher Singh Thind, yang ingin memulakan semakan kehakiman terhadap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Kes ini berkaitan sekatan terhadap hantaran Facebook beliau yang dibuat tahun lalu.

Apa Kata Mahkamah?

Hakim Anand Ponnudurai menjelaskan bahawa tindakan MCMC tidak dianggap sebagai “keputusan” yang boleh disemak oleh mahkamah. Sebenarnya, sekatan itu dilakukan oleh Facebook, manakala MCMC hanya meminta platform tersebut mengambil tindakan. Oleh itu, suruhanjaya itu tidak boleh dipertanggungjawabkan melalui semakan kehakiman. ...

Read More →
blank

Takut Keluarga Dapat Tahu, Pasangan Remaja Sumbat Mayat Bayi Mereka Yang Baru Lahir Dalam Beg

Kerana takut rahsia mereka terbongkar, pasangan remaja tergamak melakukan kekejaman terhadap bayi mereka yang baru sahaja dilahirkan.

Seorang remaja perempuan dan kekasihnya ditahan polis selepas disyaki menyembunyikan kelahiran dengan menyumbat bayi yang baru lahir ke dalam beg dan menyebabkan kematiannya.

Kejadian berlaku di Telok Kemang, Port Dickson semalam dan perbuatan mereka terbongkar selepas polis menerima panggilan kecemasan dari Hospital Port Dickson pada jam 11.14 pagi tentang pesakit perempuan berusia 18 tahun melahirkan anak namun bayinya gagal dikesan.

blank

Read More →
blank

Keys kejutkan Swiatek

MELBOURNE: Pemain Amerika Syarikat (AS), Madison Keys mencipta kejutan dengan menewaskan pilihan kedua, Iga Swiatek, 5-7, 6-1, 7-6(8), untuk mara ke final Terbuka Australia, sebentar tadi.

Pemain pilihan ke-19 itu akan berdepan juara bertahan dua kali, Aryna Sabalenka, pada aksi final Sabtu ini.

“Saya berada di final! Perlawanan itu sangat sengit dan dia (Swiatek) bermain dengan begitu baik.

“Saya berasa seperti hanya berjuang untuk terus bertahan dan berjaya menguasai set kedua, manakala set ketiga adalah pertarungan hebat.

“Untuk berada di sini dan mara ...

Read More →
blank

Polis terima laporan dakwaan murid dipukul guru

BAGAN SERAI: Polis menerima laporan berhubung seorang murid berusia 11 tahun yang didakwa dipukul oleh guru sekolahnya yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Juna Yusoff berkata, laporan dibuat ibu kepada murid terbabit yang mendakwa anaknya cedera akibat dipukul seorang guru lelaki berusia 30 tahun pada 10 Disember lalu.

Beliau berkata, namun pengadu menarik semula laporan polis yang dibuat pada 11 Disember lalu dan enggan memanjangkan kes berkenaan.

“Bagaimanapun, baru-baru ini pengadu membuat satu laporan polis memohon pihak polis ...

Read More →
blank

Aina Abdul Sedih Dengan Dakwaan Man Bai, Akan Kerja Keras Hasilkan ‘Killer Song’

Penyanyi popular Aina Abdul berkata dia sedih dengan dakwaan penyanyi Man Bai yang mengatakan Aina tidak mempunyai ‘killer song’ atau lagu malar segar untuk diingati peminat.

Memetik Harian Metro, Aina berkata sepanjang bergelar penyanyi. dia bekerja keras untuk untuk menjadikan lagu-lagunya seperti Sumpah, Semalam, Sepi dan Terus Hidup sebagai ‘killer song’.

BACA:

“Sudah tentu saya sedih dengan dakwaan abang Man Bai itu, tetapi saya tidak tahu konteks temubual itu (temubual Man Bai bersama pihak media) sebelum ini. Jadi, saya enggan jadikan isu ...

Read More →
Page 672 of 2,193 «...640650660670671672673674...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X