PETALING JAYA: Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberi jaminan bahawa kebajikan isi rumah termasuk mahasiswa kekal menjadi keutamaan syarikat itu, susulan semakan tarif elektrik yang berkuat kuasa mulai 1 Julai lalu.
TNB dalam kenyataan berkata, majoriti pelajar termasuk dalam kategori pengguna domestik dan tidak terkesan dengan sebarang kenaikan tarif, bergantung kepada corak penggunaan masing-masing.
“Sebahagian besar pelajar menyewa di kediaman biasa atau tinggal di kolej kediaman, dan bil elektrik mereka tidak berubah,” ...