KUALA NERUS: Johor Darul Ta’zim (JDT) mengukuhkan cengkaman di persada Liga Super selepas menumbangkan Terengganu FC (TFC) 1-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, di sini, malam ini.
Kemenangan kedua ke atas TFC dalam tempoh kurang 10 hari itu membolehkan skuad kendalian Hector Bidoglio menerajui Liga Super dengan mengumpul 52 mata daripada 18 perlawanan untuk memburu kejuaraan buat kali ke-11.
Berbaki enam perlawanan untuk diharungi, skuad Harimau Selatan kini 13 mata di depan Selangor yang ...