UMAT Islam dituntut untuk mematuhi syariah dan sentiasa menggunakan produk dan perkhidmatan halal.
Pasaran halal global juga semakin berkembang seiring pertambahan penduduk dan permintaan produk halal termasuk dalam kalangan bukan Muslim, yang dianggarkan mencecah AS$5.0 trilion pada 2030.
Dalam kepesatan industri halal ini, isu berkaitan pemakanan halal semakin mendapat perhatian. Konsep halal merangkumi seluruh proses rantaian bekalan daripada pembekalan bahan mentah hingga penghasilan produk pengguna.
Setiap umat Islam berhak untuk memastikan bahawa apa yang mereka makan adalah bersih, suci, selamat dan berkualiti ...