Blog

Netizen Dakwa Ina Naim Berubah Lepas Kahwin

Baru-baru ini, penyanyi Ina Naim menjawab tentang kehidupan peribadinya apabila ada yang bertanyakan mengenai pekerjaan suaminya, Mohd Khairul Rizal.

Menerusi siaran langsung di TikTok, Ina menjawab persoalan netizen yang menyangka suamiya tidak bekerja. Bagaimanapun, Ina memaklumkan suaminya bekerja sebagai konsultan.

“Suami sekarang ni, dia engineering consultant jadi dia tak perlu tiap hari pergi ke pejabat. Zaman sekarang ni dah moden, sedangkan masa zaman covid pun orang boleh buat kerja dalam rumah apatah lagi masa zaman sekarang.

“Yang dulu (Allahyarham Suhaimi Saad) dia ...

Read More →

Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia dilulus Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024.

RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagian dengan 59 Ahli Parlimen bersetuju, manakala 40 tidak menyokong, seorang tidak mengambil bahagian serta 122 tidak hadir.

RUU itu antara lain turut menggariskan cadangan peruntukan hukuman penjara tidak lebih tempoh lima tahun atau denda RM500,000 atau kedua-duanya, bagi kesalahan yang dilakukan terhadap kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah.

Fasal 91(c) dalam ...

Read More →
blank

Ejen sindiket ditangkap cuba sogok polis RM50,000

blank

blank

KUALA LUMPUR: Cubaan seorang lelaki menyogok pegawai polis sebanyak RM50,000 agar melepaskan dia dan tiga rakan yang terlibat dalam pemerdagangan pendatang asing tanpa izin (Pati) gagal apabila diberkas di Kota Bharu, Kelantan.  Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, perbuatan mereka itu dikesan dalam Op Taring Wawasan Kelantan oleh pasukan Briged Tenggara dan Batalion … Read More →

blank

Zahnita Sebak Dapat Perintah Perlindungan Interim

Pelakon Zahnita Wilson tidak dapat menahan sebak apabila Mahkamah Majistret Kuantan membenarkan permohonannya untuk mendapat perintah perlindungan interim (IPO).

Memetik Utusan Online, Zahnita sebak sebaik sahaja keluar dari mahkamah pagi tadi serta menganggap hari kebebasan buat dirinya dan empat anak-anaknya.

IPO adalah peruntukan dalam Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 bagi memberi perlindungan perundangan sementara untuk mangsa, anak-anaknya dan saudara maranya.

Pada 5 Disember lalu, suami Zahnita iaitu Abd. Zackery Ghouse Abd. Ghani didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan atas pertuduhan mencederakan bekas pelakon ...

Read More →
blank

“Kalau Melibatkan Kekerasan Rumah Tangga, Jangan Doa Saja…Pergi Lapor Polis” 

Pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal memberi nasihat kepada wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga untuk menyayangi diri mereka.

Memetik Oh Bulan, Ustaz Don berkata selain berdoa kepada Allah mereka yang menjadi mangsa perlu membuat laporan polis.

Sementara itu, Ustaz Don berkata wanita dicipta dari tulang rusuk iaitu dekat hati kerana untuk disayangi dan dilindungi terutamanya oleh suami.

“Kata ulama, wanita tidak diciptakan daripada tulang kepala tengkorak untuk dijadikan ketua semata-mata, dan tidaklah diciptakan perempuan daripada tulang kaki untuk dipijak-pijak. 

“Tidak juga ...

Read More →
blank

Pegawai forensik cedera nahas jalan raya

PETALING JAYA: Kenderaan dinaiki anggota polis hilang kawalan semasa melalui jalan berselekoh dalam keadaan cuaca hujan sebelum terbabas dalam satu kejadian di KM14 Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi – Ulu Kelang (SUKE), kira-kira pukul 9 pagi, hari ini.

Kenderaan itu terbabas ke sebelah kiri jalan seterusnya melanggar penghadang kiri jalan di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, kemalangan tersebut berlaku  dari arah Cheras menghala ke Ampang.

“Kemalangan yang ...

Read More →
blank

“Ya Saya Panggil Artis Saja Sebab Itu Target Saya” – Betty Rahmad Minta Netizen Berhenti Persoal Niatnya Anjur Kuliah Agama

Pelakon dan usahawan, Betty Rahmad meminta segelintir netizen untuk berhenti mempersoal dan meninggalkan komen negatif terhadap usahanya menganjurkan majlis ilmu agama baru-baru ini.

Maklum Betty menerusi TikTok miliknya berkata, sebagai seorang manusia, dia juga pernah berbuat silap dan meminta orang ramai untuk memandang usaha orang yang ingin menimba ilmu agama.

Saya dapat banyak sangat komen negatif untuk majlis ilmu yang saya anjurkan baru-baru ini. Antaranya majlis ...

Read More →
blank

“Kalau Tak Cukup 1000, Rasa Tak Sempurna”

Pelakon sensasi, Ruhainies menafikan dakwaan netizen yang mengatakan dirinya seperti ingin menunggang agama kerana sering berkongsi mengenai kebaikan berselawat dengan pengikutnya.

Memetik Media Hiburan, Ruhainies berkata dia hanya berkongsikan perkara yang baik namun terpulang pada mereka untuk mengikutinya kerana dia tidak rugi apa-apa.

“Saya hanya berkongsi apa yang saya buat sahaja. Sesiapa yang nak ikut, alhamdulillah. Yang tak nak ikut, saya okay sahaja. Saya tak rugi apa-apa langsung,” katanya.

Sementara itu, Ruhainies berkata banyak manfaat dan perkara positif selepas dia mengamalkan rutin ...

Read More →
blank

India mengamuk, belasah Malaysia 5-0

PETALING JAYA: Pasukan hoki remaja wanita kebangsaan menjadi mangsa amukan juara bertahan, India setelah dibelasah 5-0 pada aksi kedua kumpulan A Piala Remaja Asia Wanita 2024, di Muscat, Oman, sebentar tadi.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Hoki Oman itu, Young Tigress bermula baik pada babak pertama  apabila kedua-dua pasukan gagal memecah kebuntuan.

Separuh masa kedua menyaksikan India mengubah percaturan permainan mereka apabila menyempurnakan pukulan penalti sudut menerusi Vaishnavi Vitthal Phalke pada ...

Read More →
blank

Nasi Lemak, Roti Canai, Teh Tarik & Tosai Diiktiraf ‘Combo Breakfast’ Terbaik, Diiktiraf UNESCO

Budaya sarapan di Malaysia telah diiktiraf oleh Unesco dan dimasukkan dalam Senarai Representatif Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan. Pengiktirafan ini diumumkan semasa Sesi ke-19 Jawatankuasa Antara Kerajaan untuk Perlindungan Warisan Budaya Tidak Ketara di Paraguay.

Menurut Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac), budaya sarapan di Malaysia mencerminkan kepelbagaian, keharmonian, dan penerimaan dalam masyarakat berbilang etnik, serta memupuk hubungan sosial dan menunjukkan kekuatan negara sebagai masyarakat majmuk.

blank

Read More →
Page 660 of 1,992 «...630640650658659660661662...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X