Kerana gagal membayar pinjaman persahabatan daripada sebuah syarikat pembinaan kejuruteraan berjumlah RM5.28 juta, Mahkamah Tinggi (Bahagian Insolvensi) mengisytiharkan pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie muflis.
Menurut Harian Metro, keputusan itu dibuat Penolong Kanan Pendaftar Muhammad Faisal Zulkifli pada prosiding semalam selepas membenarkan petisyen pemiutang dikemukakan syarikat Cekap Air Sdn Bhd, yang difailkan pada 20 November tahun lalu.
Berdasarkan petisyen itu, bekas menantu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu, selaku penghutang penghakiman didakwa gagal mematuhi Notis Kebankrapan bertarikh 21 ...