PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) sedang menjalankan kajian menyeluruh berhubung keperluan naik taraf dan baik pulih tabika bawah jabatan itu di seluruh negara.
Ketua Pengarah Kemas, Datuk Mohd. Hanafiah Man berkata, pihaknya sedang menyediakan laporan komprehensif melibatkan kerja fizikal termasuk aspek dasar.
“Ini termasuk isu pemilikan tanah, status bangunan yang digunakan secara menumpang terutamanya bangunan awam seperti balai raya selain kaedah perolehan bangunan komersial yang sesuai untuk dijadikan premis tabika.
“Kita mahu penyelesaian secara menyeluruh dapat dicadangkan bagi memastikan pendidikan awal kanak-kanak ...