KOTA BHARU: Banjir yang melanda beberapa kawasan di jajahan Gua Musang sejak Selasa lalu pulih sepenuhnya selepas Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Limau Kasturi ditutup sepenuhnya petang semalam.
Sekretariat Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri berkata, PPS itu ditutup secara rasminya pada pukul 5.30 petang semalam susulan banjir mulai surut.
“Kesemua 41 mangsa mangsa yang sebelum ini berlindung di SK Limau Kasturi dibenarkan pulang ke rumah masing-masing,” katanya ketika dihubungi di ...