PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedia membantu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam siasatan terhadap dakwaan salah laku seorang ahli lembaga penasihat berkaitan pemberian projek bernilai RM4 juta.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, setakat ini tiada siasatan dibuka oleh pihaknya berhubung dakwaan itu.
“Jika DBKL ingin mendapatkan bantuan, saya (SPRM) tidak mempunyai sebarang masalah,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Terdahulu, media melaporkan DBKL melancarkan siasatan dalaman berhubung dakwaan salah ...