PETALING JAYA: Seorang lelaki yang berang ditegur kerana merokok di sebuah stesen minyak sehingga tular di media sosial, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu secara melulu, Isnin lalu.
Tertuduh, R. Simacalam, 35, didakwa memandu Proton Perdana dengan cara melulu yang boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Jalan PJU 10/10B, Damansara Damai pada pukul 2.55 petang, 9 Disember ...