RANAU: Tiga pekerja kontrak maut akibat terkena renjatan elektrik semasa melakukan kerja-kerja pemasangan panel solar di kawasan Jabatan Kerja Raya (JKR), hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, tiga mangsa berusia antara 25 hingga 54 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superitendan Ediansah Edal berkata, tiga lelaki yang maut itu terdiri daripada seorang lelaki tempatan berbangsa Cina dan dua lelaki warga asing.
“Ketiga-tiga pekerja kontrak ini menjalankan kerja-kerja pemasangan panel solar dengan ...