Sedia maklum, lipas dikenali sebagai binatang perosak, di mana ia menggemari tempat yang kotor, gelap serta memakan sisa makanan.
Lipas bukan saja ‘tinggal’ di rumah, bahkan di dalam kereta juga sering kali kita dapat lihat binatang ini berkeliaran kan? Kalau dibiarkan, lipas tersebut boleh membiak hingga membuatkan kereta menjadi kotor serta berbau.
Susulan itu, ini merupakan tips-tips yang boleh dibuat oleh pemilik kereta jika mahu memastikan kereta korang kekal bersih dan bebas daripada lipas membiak.