PETALING JAYA: Situasi banjir di Sabah dan Sarawak semakin buruk susulan lebih 8,000 orang dipindahkan.
Ini membimbangkan apabila keadaan tersebut meningkat sekali ganda daripada mangsa yang direkodkan semalam sehingga memaksa penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).
Berdasarkan Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat mendadak setakat 3 petang ini dengan seramai 5,106 orang daripada 1,416 keluarga dipindahkan ke 42 PPS yang dibuka.
Antara kawasan terlibat adalah Kuching (Kuching dan Bau), Samarahan (Samarahan, Sebuyau dan Simunjan), Serian (Serian ...