PETALING JAYA: Jabatan Pertanian Malaysia (DOA) menasihatkan semua pihak yang terlibat dalam urusan bekalan dan perkhidmatan menggunakan Sistem e-Perolehan dan Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Kerajaan (IGFMAS) bagi setiap permohonan.
Ini kerana menurut DOA, pihaknya menerima aduan berkaitan kes penipuan pesanan kerajaan yang dilakukan oleh pihak tertentu menggunakan logo jabatan tersebut.
Katanya, pihak tidak bertanggungjawab itu ingin memperdaya syarikat untuk menyediakan bekalan dan perkhidmatan sepertimana kandungan pesanan kerajaan yang dikemukakan.
“Taktik licik oleh pihak tertentu itu telah menyebabkan pihak syarikat pembekal telah terpedaya ...