IPOH: Kerajaan bersetuju meluluskan peruntukan sebanyak RM60 juta bagi kerja-kerja melebar dan menaik taraf landasan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) di sini.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, projek tersebut yang telah bermula bakal meningkatkan kapasiti penumpang sehingga 700,000 setahun berbanding 500,000 ketika ini.
Katanya, kelulusan tersebut bakal meningkatkan lagi potensi Perak untuk menarik pelancong antarabangsa serta merancakkan aktiviti ekonomi
“Pelebaran lapangan tebang ini merupakan berita terbaik hadiah Tahun Baru Cina Perdana Menteri kepada rakyat negeri Perak. Ia ...