KUALA SELANGOR: Semua pimpinan dalam kalangan parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu mewujudkan ‘payung’ atau sebuah pertubuhan bagi penyatuan orang Melayu di negara ini.
Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Noh Omar berkata, pertubuhan itu berfungsi sebagai suara dalam mengetengahkan kepentingan kaum itu seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Menurutnya, tiba masanya masyarakat Melayu bersatu dan mengetepikan kepentingan politik demi survival bangsa Melayu pada masa depan.
“Payung itu bukan saja mewakili parti politik malah turut disertai pelbagai NGO dan individu
“Kita ...