PETALING JAYA: Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah telah berkenan sebagai Penaung Diraja bagi kejohanan paling berprestij, Cabaran Golf Korporat Dunia (WCGC) Malaysia.
Dalam satu kenyataan, pihak WCGC Malaysia menzahirkan penghormatan atas penglibatan baginda, yang disifatkan sebagai satu detik bersejarah dalam penganjuran kejohanan ini.
Keberangkatan Tengku Amir Shah bukan sahaja memperkukuh reputasi WCGC Malaysia, malah menandakan satu lonjakan penting dalam usaha merapatkan hubungan antara pemimpin korporat, penaja, ikon sukan, dan selebriti dalam suasana golf ...