WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengulangi ancamannya untuk mengenakan tarif 100 peratus ke atas negara anggota BRICS sekiranya blok berkenaan berusaha menggantikan dolar AS sebagai mata wang rizab global.
Kenyataan itu hampir serupa dengan amaran yang dibuatnya pada 30 November lalu, hanya beberapa minggu selepas memenangi Pilihan Raya Presiden AS.
Ketika itu, Russia menegaskan sebarang usaha Washington untuk memaksa negara-negara lain menggunakan dolar AS hanya akan mengundang kesan negatif terhadap negara itu sendiri.
“Kami akan memastikan negara-negara yang kelihatan bermusuhan ...