SEREMBAN: Seramai 69 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Myanmar ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sembilan dalam satu operasi di sebuah dewan hotel di Nilai, di sini semalam.
Pengarah JIM Negeri Sembilan, Kennith Tan Ai Kiang berkata, kesemua mereka ditahan selepas menghadiri perhimpunan haram yang antara pengisiannya adalah ceramah dan keraian sambutan pra-Krismas.
“Dalam operasi ini seramai 253 orang warganegara asing telah diperiksa dan hasilnya seramai 69 orang terdiri daripada 55 lelaki, dan ...