MACHANG: Seorang lelaki yang ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Kelantan di Kampung Maka, Pulai Chondong di sini Rabu lalu pernah berkecil hati dengan adik-beradiknya yang tidak memberi ucapan hari lahir kepadanya pada 15 Januari lalu.
Mangsa, Muhammad Khairul Naeim Che Deraman, 29, disedari hilang selepas kali terakhir dilihat berada di tebing sungai tersebut.
Ibunya, Mek Jah Hussin, 70, berkata, Muhammad Khairul Naeim yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik ada membeli sebiji kek untuk menyambut hari kelahirannya, Selasa lalu.
Katanya, ...