Seorang lelaki etnik Rohingya berusia 20-an dipercayai telah dipukul sehingga mati sebelum mayatnya diletakkan di dalam sebuah kolah dan ditimbus dengan tanah.
Menurut laporan, mangsa yang bekerja sebagai tukang rumah di Sungai Petani itu telah dituduh mencuri wang tunai berjumlah lebih RM40,000 serta barang kemas. Difahamkan mangsa menetap bersama majikannya di sebuah kawasan perumahan sejak empat bulan yang lalu.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata polis telah menerima panggilan pada 28 Januari lepas jam 10.30 ...