Blog

Kami amat bersyukur, terima kasih Allah – keluarga tahanan Guantanamo

blank

MUAR: Keluarga salah seorang tahanan di Kem Teluk Guantanamo yang dibebaskan menunggu penuh harapan kepulangannya ke negara ini selepas 18 tahun tidak bertemu. Najib Lep, 60, berkata berita kepulangan adiknya Mohammed Nazir Lep, 48, hanya diketahui menerusi media, namun masih belum menerima apa-apa pemakluman rasmi daripada pihak berkaitan.  “Jika benar seperti dikhabarkan, kami amat bersyukur … Read More →

blank

Kami amat bersyukur, terima kasih Allah – Najib

MUAR: Keluarga salah seorang tahanan di Kem Teluk Guantanamo yang dibebaskan menunggu penuh harapan kepulangannya ke negara ini selepas 18 tahun tidak bertemu.

Najib Lep, 60, berkata berita kepulangan adiknya Mohammed Nazir Lep, 48, hanya diketahui menerusi media, namun masih belum menerima apa-apa pemakluman rasmi daripada pihak berkaitan. 

“Jika benar seperti dikhabarkan, kami amat bersyukur kerana penantian sejak sekian lama akhirnya terlerai dan diharapkan menjadi kenyataan untuk bersatu semula sebagai sebuah keluarga. 

“Banyak sangat ...

Read More →
blank

Treler hilang kawalan rempuh Proton X50, penuntut IPG maut

GUA MUSANG: Sebuah treler dipercayai hilang kawalan menjadi punca kepada kemalangan yang menyebabkan seorang penuntut wanita Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Sultan Mizan, Besut di Terengganu dalam nahas lima kenderaan di Kilometer 16, Jalan Gua Musang-Kuala Lipis di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 6.45 pagi itu membabitkan sebuah treler jenis Volvo dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X50 selain dua buah kereta jenis Perodua Axia dan Proton Saga.

Mangsa yang maut ialah ...

Read More →
blank

Warga emas hilang: Anak yakin bapa tidak pergi jauh

REMBAU: Ahli keluarga kepada seorang warga emas yang dilaporkan hilang sejak petang kelmarin, yakin lelaki itu tidak pergi terlalu jauh dari rumah mereka di Batu 4, Kampung Air Melintang, Kota di sini.

Anak kepada bekas tentera itu, Roslina Mohd. Mahat, 39, berkata, ia berikutan keadaan fizikal bapanya,  Mohd. Mahat Said, 78, yang patah kaki kiri akibat kemalangan dua tahun lalu.

Jelas anak keempat daripada lima adik beradik itu, keadaan tersebut menyukarkan pergerakan bapanya yang perlu menggunakan kerusi roda.

“Bapa hanya akan mengensot ...

Read More →
blank

Perdana Menteri luang masa hadiri Malam Manifestasi Tiga Seni

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menyaksikan Malam Manifestasi Tiga Seni berlangsung di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada malam tadi.

Acara julung-julung kali diadakan itu merupakan anjuran DBP dengan kerjasama Syarikat Mik & Bell Production Sdn. Bhd. dan Edaran bagi meraikan ekspresi seni melalui integrasi seni visual, puisi, dan muzik.

Hampir 500 hadiri menyaksikan persembahan yang berlangsung lebih sejam itu.

Dalam pada itu, Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Sasterawan Negara Datuk Dr ...

Read More →
blank

‘Rayyan Wong’ fitnah Agong, TMJ, PM makan di restoran tidak halal ditahan

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan pemilik akaun Tiktok @ryanwong_5845 dipercayai mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan terhadap institusi Diraja dan Perdana Menteri.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya menerima laporan semalam daripada seorang lelaki di Cyberjaya yang terlibat kenyataan dimuat naik oleh dikenali sebagai Rayyan Wong di aplikasi TikTok.

Katanya, lelaki itu didakwa mengeluarkan kenyataan bersifat jelik yang dipercayai dengan niat untuk menyakitkan hati, memperlekeh dan menghina institusi Diraja bagi membangkitkan kebencian serta provokasi selain berpotensi mengganggu-gugat keselamatan ...

Read More →
blank

Dua rakyat Malaysia di Guantanamo bakal lalui proses pemulihan

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima dua orang warga Malaysia, Mohammed Farik Amin dan Mohammed Nazir Lep hari ini dan mereka kini berada dalam proses penilaian serta seterusnya akan memasuki fasa pemulihan secara komprehensif sebelum mereka direintegrasi ke dalam masyarakat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, Kementerian Dalam Negeri telah mengarahkan supaya kedua-dua individu itu menjalani proses pemulihan tersebut sebagai langkah memberi mereka peluang kedua dalam kehidupan.

“Kedua-duanya diterima dalam keadaan baik dan sihat serta meluahkan rasa ...

Read More →
blank

Elisya Sandha Umum Hamil Anak Kedua, Netizen Sebak Tengok Video Kejutan

Pelakon Elisya Sandha berkongsikan khabar gembira dirinya kini sedang hamil anak kedua serta meluahkan rasa syukur diatas rezeki zuriat diberikan.

Menerusi video dikongsikan di Instagram, Elisya turut membuat kejutan buat suaminya, Uzair Haqimy yang dilihat mengalirkan air mata apabila melihat keputusan ujian kehamilan.

“Bismillahirahmanhirahim. Syukur Alhamdulillah for another biggest Rizq in life. Terima kasih atas doa kalian, Bunga nak jadi kakak dah,” tulisnya.

Menerusi video sama Elisya dan suaminya turut membuat kejutan buat keluarga mentua iaitu pelakon Sheila Rusly yang menangis kegembiraan ...

Read More →
blank

Sewa Tertunggak Lebih RM15K, MBS Cabut Pintu Rumah Penyewa PPR – “Sewa Murah Pun Tak Boleh Bayar”

Baru-baru ini, Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah menanggalkan pintu rumah penyewa yang culas membayar sewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) dalam satu operasi.

Tak bayar sewa lebih RM15000

Datuk Bandar Seremban, Datuk Masri Razali memaklumkan tindakan tersebut diambil buat penyewa yang mempunyai tunggakan sewa sebanyak RM15000 ke atas.

Untuk makluman, operasi ini dilakukan secara berhemah tanpa membabitkan sebarang insiden dalam melaksanakan tindakan penguatkuasaan.

@mbseremban Operasi Tunggakan Sewa PPR Paroi pada 12 Disember 2024 ...
Read More →
Page 623 of 1,994 «...600610620621622623624625...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X