ISKANDAR PUTERI – Penyandang juara, Johor Darul Ta’zim (JDT) semakin hampir merangkul trofi Liga Malaysia apabila menewaskan Polis Diraja Malaysia FC (PDRM FC) 4-0 di Stadium Sultan Ibrahim, sebentar tadi.
Skuad Harimau Selatan yang mengutip 55 mata daripada 19 perlawanan hanya memerlukan satu lagi kemenangan untuk sah bergelar juara Liga Super 2024/2025, menjuarainya buat 11 musim berturut-turut.
Bermula sepak mula, anak buah Hector Bidoglio beraksi garang melancarkan serangan mencari ruang untuk menembusi ‘road block’ skuad ...