Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memberi teguran dan nasihat kepada pempengaruh media sosial untuk berpada-pada dan tidak keterlaluan dalam menghasilkan kandungan semata-mata untuk mendapatkan ‘views’.
Beliau berkata begitu ketika mengulas tentang pempengaruh tempatan, Ammar Nazhan yang sanggup menipu pihak berkuasa Indonesia tentang kehilangan rakan mereka di dalam hutan di negara itu baru-baru ini.
Read More →

Datuk Lemas Ketika Selamatkan Dua Cucu Ditarik Ombak Di Pantai Irama
Seorang datuk meninggal dunia ketika menyelamatkan dua cucunya yang dihanyutkan ombak di Pantai Irama, Bachok pagi ini.
Menurut Harian Metro, Rosli Yusof, 63, dari Kampung Paya Senang, Kota Bharu ke pantai tersebut bersama isteri, seorang anak dan dua cucunya.
Ketika kejadian jam 9.30 pagi itu, pesara kerajaan berkenaan telah turun ke pantai bersama cucunya untuk bermain air di kawasan hujung batu di pantai itu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Mohd Azrie Sulaiman berkata, secara tiba-tiba cucunya telah ditarik ombak ke ...

Aisar Khaled guna populariti raih pengaruh di Indonesia
KUALA LUMPUR : Selebriti dan Pempengaruh terkenal, Aisar Khaled, 25, menaruh keyakinan menerusi pengaruh dan populariti yang diraihnya, ia dapat dijadikan sebagai ‘senjata’ untuk dirinya membantu mempromosikan baju Melayu di negara seberang.
Menurut Aisar yang juga duta Elrah Exclusive, baju kebangsaan itu diyakini mempunyai keunikan dan kesenian imej tersendiri dan disebabkan itu dia berharap ia mendapat sambutan di negara berkenaan.
“Apabila dilantik sebagai duta, saya ambil peluang ini untuk gunakan pengaruh yang ada di Indonesia untuk promosikan baju kebangsaan Malaysia ...

Datuk lemas ketika selamatkan dua cucu di Pantai Irama
BACHOK: Usaha seorang warga emas untuk menyelamatkan dua cucunya yang hampir lemas berakhir tragedi apabila dia menjadi mangsa dalam kejadian di Pantai Bachok, di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, orang awam dan anggota Agensi Pertahanan Awam (APM) sempat menarik Rosli Yusof, 63, yang dipercayai ditarik oleh ombak pantai tersebut.
Difahamkan, mangsa bersama seorang anak perempuan berusia 30-an dan dua cucu berusia tujuh dan lapan tahun datang untuk mandi di Pantai Irama.
Timbalan Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi ...

Lelaki warga asing ditahan cuba mencuri dalam pesawat
BALIK PULAU: Seorang lelaki warga asing ditahan selepas disyaki cuba mencuri dalam sebuah pesawat ketika dalam penerbangan dari Subang ke Pulau Pinang, semalam.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, seorang penumpang menyedari suspek berusia 52 tahun itu sedang membuka bagasinya dan segera memaklumkan kepada kru penerbangan.
“Suspek kemudian diserahkan kepada pihak polis selepas pesawat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas.
“Siasatan ...

Lelaki Thailand campak anak anjing dalam laut disaman

BANGKOK: Yayasan Pengawas Thailand (WDT) memfailkan saman terhadap seorang lelaki yang didakwa secara kejam melemparkan seekor anak anjing jalanan ke dalam laut dan berikrar untuk menuntut keadilan walaupun individu terbabit memohon maaf. Klip video yang tular semalam menunjukkan seorang lelaki Thailand mengangkat seekor anak anjing dan mencampaknya ke dalam laut, walaupun dia mendakwa perbuatannya untuk … Read More →

Garis panduan sudah lengkap, perlu jadi rujukan
MELAKA: Umat Islam diminta untuk mematuhi garis panduan khusus bagi menghadiri majlis di rumah ibadat bukan Islam yang telah dijadikan rujukan di setiap negeri.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr. Zulkifli Hassan berkata, garis panduan itu sudah cukup lengkap dan memadai bagi memudahkan umat Islam memahami batas digariskan mengikut hukum syarak.
Menurutnya, jika ada timbul isu-isu berbangkit perkara tersebut boleh dirujuk kepada pihak autoriti agama mengikut negeri.
“Jadi ...

Lapan kes bunuh remaja di Britain libatkan senjata tajam

LONDON: Lapan daripada sepuluh kes bunuh melibatkan remaja di England dan Wales didapati menggunakan pisau atau objek tajam, jauh lebih tinggi berbanding kadar keseluruhan populasi, menurut data terbaharu dikeluarkan Pejabat Statistik Kebangsaan (ONS), kelmarin. Menurut ONS, sebanyak 64 remaja berusia antara 13 hingga 19 tahun menjadi mangsa bunuh bagi tahun berakhir Mac 2024, dengan 53 … Read More →

Bomoh muda cabul kanak-kanak terkena sihir, disambung reman
KEMAMAN: Tempoh tahanan reman ke atas seorang bomoh muda yang disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun di daerah ini, disambung enam hari lagi hingga Jumaat ini.
Perintah sambungan reman terhadap lelaki berusia 20 tahun itu dibenarkan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddindi Mahkamah Sesyen, hari ini.
Terdahulu, lelaki itu ditahan reman selama tujuh hari bermula Ahad lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 14 (d) ...

PLKN 3.0: Uniform loreng Tentera Darat lebih efisien
KUALA LUMPUR: Penggunaan pakaian seragam atau uniform loreng Tentera Darat Malaysia (TDM) bagi peserta Program Latihan Khidmat Negara 3.0 (PLKN) ditetapkan atas beberapa faktor utama, termasuk aspek kelulusan, keseragaman dengan negara lain serta penjimatan kos.
Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Mejar Jeneral Datuk Ya’cob Samiran berkata, kajian terhadap pelbagai program khidmat negara menunjukkan kebanyakan negara menggunakan pakaian celoreng tentera berbanding pakaian seragam alternatif.
Beliau berkata, keputusan itu telah dipersetujui di peringkat Tatakelola Dewan ...