Terus bertawakal dan berdoa agar dijumpai dan diselamatkan, itu yang dilakukan dua nelayan selepas hanyut di perairan Kerachut, Kuala Sungai Pinang apabila bot mereka dipukul ombak besar sebelum ditemukan enam hari kemudian.
Muhammad Ikmal Hakimi Ismail, 22, dan Nor Hasrul Abdullah, 25, menceritakan detik ketika mereka dihanyutkan dalam bot nelayan terbabit selepas keluar ke laut jam 3 petang, Isnin lalu.
Kata Ikmal Hakimi, semasa mahu menghidupkan enjin bot ketika sedang memukat ikan, tali enjin bot tiba-tiba rosak serta terus tak boleh ...