Pada September tahun lalu, pasangan suami isteri yang kehilangan anak lelaki mereka dan pemergian bayi bernama Muhammad Al Fateh itu telah meraih perhatian dan meruntun hati ramai.
Mana tidaknya, ibu bapanya menanti selama 13 tahun untuk dikurniakan zuriat namun bayi berusia lapan bulan itu maut dalam keadaan menyayat hati di sebuah taman asuhan kanak-kanak di Taman Kelemak Utama, Alor Gajah.
Baru pertama kali mempunyai cahaya mata selepas begitu lama penantian, ramai berasa sebak dan bersimpati dengan Mohd Fikri Amri dan Sabrina ...