Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) hari ini mengumumkan jumlah pengagihan pendapatan sebanyak 5.75 sen seunit untuk dana utamanya, Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.
Menurut Berita Harian, pembayaran dividen ASB sebanyak 5.75 sen seunit ini juga adalah lebih tinggi berbanding 5.25 sen seunit yang telah dibayar pada 2023 dan Pengerusi Kumpulan PNB, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda berkata, agihan dividen ...