SHAH ALAM: Lembaga Zakat Selangor (LZS) masih mengenal pasti keluarga asnaf yang terjejas dalam insiden kebakaran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya pada 1 April lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohd. Khaidzir Shahari berkata, bagaimanapun, pihaknya telah turun padang menyerahkan bantuan RM500 kepada 300 keluarga terjejas sebagai bantuan bencana awal.
“Bagaimanapun, dalam bantuan bencana tersebut kami juga akan mengkaji semula untuk melihat keperluan lain,” katanya pada sidang akhbar pengumuman kutipan dan agihan zakat 2024 ...