PETALING JAYA: Dua bangkai kucing yang ditemukan mati di dalam kawasan Universiti Malaya (UM) dekat sini dihantar ke Makmal Veterinar untuk bedah siasat.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, ia membabitkan bangkai kucing yang dilaporkan seorang aktivis haiwan dan kucing yang ditemukan mati semalam.
“Polis setakat ini sudah merakam keterangan aktivis haiwan terbabit dan bangkai kucing yang ditemukan pada 20 Disember lalu sudah diserahkan kepada polis.
“Bangkai kucing itu dihantar ke Makmal Veterinar bagi tujuan pemeriksaan dan bedah siasat ...