Blog

“Datang Bercuti Lima Orang, Duduk Serumah Bukan Sebilik”

Usahawan Noor Nabila menegaskan percutiannya bersama bekas suaminya, pelakon Sharnaaz Ahmad serta anak mereka, Jebat Jayden turut ditemani dua lagi individu.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Nabila berkata percutian mereka di Perancis berlima dan menyewa sebuah rumah yang mempunyai beberapa bilik.

BACA: “Kami Tak Rujuk, Kami Kawan, Jangan Jadi Netizen Bodoh” – Nabila

“Bawa anak bercuti bersama, kami ini datang bercuti lima ...

Read More →
blank

Anak bongsu Ayu Raudhah, Zaquan Adha meninggal dunia, suasana suram di Unit Forensik Hospital Rembau

REMBAU: Suasana suram menyelubungi pekarangan Unit Perubatan Forensik Hospital Rembau, di sini malam ini di lokasi bedah siasat anak bongsu pelakon Ayu Raudhah, dan bekas pemain bola sepak kebangsaan, Mohamad Zaquan Adha Abd Radzak yang dilaporkan meninggal dunia petang tadi.

Difahamkan, Muhammad Aisy Al Rees yang berusia enam bulan dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) selepas dipercayai tidak sedarkan diri kira-kira pukul 1 petang di kediaman keluarga pasangan suami isteri itu di Taman Sri Pulai, Sikamat.

Selepas kematian bayi tersebut ...

Read More →
blank

Tiga selebriti hanya saksi, terima bayaran atas perkhidmatan

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan tiga selebriti yang dipanggil memberi keterangan dalam Op Sky baru-baru ini hanya bertindak sebagai saksi dan tidak terlibat dalam pengurusan kegiatan syarikat yang disiasat.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan mendapati mereka menerima bayaran atas perkhidmatan diberikan, termasuk menjadi duta kepada syarikat berkenaan.

“Mereka dipanggil untuk membantu siasatan kerana digunakan untuk mempromosikan syarikat itu, namun tidak terbabit dalam pengurusannya.

“Siasatan juga mendapati sejumlah wang dibayar kepada selebriti tersebut, tetapi ia adalah ...

Read More →
blank

Allahyarham Aisy Al Rees tidak tunjuk sebarang simptom sakit – Che Ta

KUALA LUMPUR: Pelakon, Rozita Che Wan mengakui sukar menahan rasa sedih dan sayu atas pemergian anak saudaranya, Allahyarham Muhammad Aisy Al Rees Mohammad Zaquan yang berusia 6 bulan, petang tadi.

Menurut Rozita atau lebih mesra dipanggil sebagai Che Ta, anak bongsu dari tujuh beradik itu meninggal dunia dalam tidur, kira-kira jam 1 tengahari tadi.

“Aisy Al Rees meninggal dunia dalam tidur, bila lihat arwah sudah tak sedar, Ayu Raudhah segera hubungi ambulans.

“Jenazah dibawa ke Hospital Rembau dan harap urusan pengebumian dapat ...

Read More →
blank

AS tarik balik jeda sumbangan makanan kepada agensi PBB

blank

blank

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) menarik balik penggantungan sumbangan makanan, sekali gus membolehkan penghantaran semula 500,000 tan metrik makanan yang sebelum ini tertangguh. Program Makanan Dunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengesahkan pembatalan penggantungan sementara bantuan makanan dalam bentuk barangan yang dibeli daripada petani AS menggunakan dana Title II. “Kami mengesahkan bahawa sekatan terbaharu terhadap bantuan … Read More →

blank

Anak Bongsu Ayu Raudhah Meninggal Dunia Dalam Tidur

 

Anak bongsu kepada pelakon Ayu Raudhah dan bekas pemain bola sepak terkenal, Zaquan Adha iaitu Muhammad Aisy Al Rees meninggal dunia ketika tidur kira-kira jam 1 petang tadi.

Memetik Harian Metro, pemergian anak ketujuh pasangan itu yang baru berusia enam bulan dimaklumkan kakak kepada Ayu yang juga pelakon Rozita Che Wan.

BACA: Ayu Raudhah Hamil Anak Ke-7, Bakal Bersalin Bulan Julai

“Arwah meninggal kira-kira jam 1 petang tadi di rumah ...

Read More →
blank

Siasatan kejadian di Penjara Taiping masih berjalan

SUNGAI PETANI: Polis masih menjalankan siasatan terperinci berhubung kes seorang tahanan di Penjara Taiping yang dipercayai mati akibat dipukul bulan lepas.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihak polis sudah membuka kertas siasatan dan sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh.

“Proses ini termasuk mengambil keterangan daripada semua yang terlibat, sama ada prospek (banduan) mahupun pegawai penjara yang bertugas pada hari kejadian, proses siasatan ini masih lagi berlangsung,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Prospek dan Keluarga Sempena ...

Read More →
blank

Pakatan Musk tawar RM435 bilion beli OpenAI

blank

blank

NEW YORK: Konsortium pelabur yang diketuai jutawan terkenal, Elon Musk menawarkan AS$97.4 bilion (RM435 bilion) untuk mengambil alih OpenAI, syarikat yang menghasilkan ChatGPT. Peguam jutawan, Marc Toberoff mengesahkan bahawa beliau sudah mengemukakan tawaran untuk ‘semua aset’ syarikat teknologi tersebut kepada lembaga pengarah, kelmarin. Tawaran untuk mengambil alih OpenAI disokong oleh syarikat AI milik Musk, xAI, … Read More →

blank

T.O.P tidak akan kembali sertai Big Bang

SEOUL: Bekas anggota Big Bang, T.O.P, menafikan khabar angin yang kononnya dia bakal menyertai semula kumpulan itu.

Jurucakap penyanyi dan pelakon itu memberitahu media tempatan bahawa T.O.P atau Choi Seung-Hyun tetap dengan pendiriannya tidak kembali bersama Big Bang.

“Pendirian beliau mengenai Big Bang sama seperti yang beliau nyatakan dalam wawancara sebelum ini,” katanya.

Spekulasi berkenaan bertiup kencang sebelum ini apabila nama T.O.P disenaraikan dalam Youtube rasmi Big Bang.

Dalam sidang media drama Squid Games 2 sebelum itu, T.O.P menegaskan dia tidak akan kembali ...

Read More →
blank

Datang ziarah bapa tetapi jumpa mayatnya di ruang tamu

DUNGUN: Seorang anak lelaki yang mahu menziarahi bapanya terkejut apabila menemukan mayatnya dalam keadaan terbaring di ruang tamu rumah di Paka, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Maizura Abdul Kadir berkata, mayat Abdul Hamid@Khamsul Abdullah,64, ditemukan anak lelakinya yang berusia 36 tahun kira-kira pukul 12.34 tengah hari.

Katanya, difahamkan warga emas itu yang merupakan pesara sebuah syarikat minyak dan gas tinggal bersendirian di rumah tersebut.

“Ketika anak mangsa tiba di rumah bapanya, dia menghidu bau busuk dan mendapati banyak ...

Read More →
Page 594 of 2,195 «...570580590592593594595596...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X