KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa menyediakan satu Kertas Putih khusus untuk mengkaji isu-isu berkaitan industri padi dan beras negara secara menyeluruh.
Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kertas putih itu perlu dilakukan susulan kegagalan pihak kerajaan menyelesaikan isu padi dan beras negara secara keseluruhan.
“Kertas Putih ini boleh menjadi panduan komprehensif dalam merangka strategi baharu yang lebih mapan.
“Dengan kajian menyeluruh, kita dapat memastikan ketelusan dalam pengeluaran, pengedaran dan ...