PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima satu laporan polis berhubung video tular menunjukkan sekumpulan individu berzikir dalam keadaan pelik di sebuah tanah perkuburan di Setapak dekat sini.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, laporan itu dibuat orang awam pada pukul 10.50 pagi, semalam.
“Kita mengesahkan menerima satu laporan polis berkaitan video tular sekumpulan orang yang sedang berzikir dalam keadaan pelik di sebuah tanah perkuburan di Setapak, Kuala Lumpur.