Blog

Lebih 10,000 bantah projek berkepadatan tinggi

PETALING JAYA: Lebih 10,000 penduduk sekitar Lot 481446, Bandar Tun Razak memohon pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pemaju, tidak meneruskan projek berkepadatan tinggi di kawasan itu kerana boleh membawa kesan negatif kepada masyarakat sekitar.

Pengerusi Persatuan Penduduk Apartment Desa Bangsawan, Shamsul Bahari Omar berkata, sebarang projek yang boleh menjejaskan kawasan hijau itu tidak seharusnya dirosakkan semata-mata meraih keuntungan.

Beberapa bantahan dimulakan sejak 2018 dan surat bantahan dikemukakan kepada banyak pihak sepanjang tempoh 2018 sehingga 2020 termasuk kepada Datuk ...

Read More →

Mayat Ditemui Di Tepi Sungai, Peniaga Wanita Dipercayai Dibunuh Ketika COD Makanan

Mayat seorang wanita ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur, Kuantan semalam, lapor Harian Metro.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pihaknya telah menerima maklumat tentang penemuan mayat itu pada 12.45 tengah hari.

Sepasukan polis bersama pakat patologi forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan yang tiba di lokasi kemudian menjalankan siasatan dan mendapati terdapat unsur jenayah pada tubuh wanita berkenaan.

Siasatan mendapati mangsa seorang wanita tempatan berusia 37 tahun yang tinggal di daerah ...

Read More →
blank

Perkasa nasyid sebagai medium dakwah

Suatu ketika dahulu, industri muzik nasyid begitu gah di persada seni hiburan tanah air. Bayangkan, pada era 90-an dahulu, lagu-lagu nasyid sering menjadi siulan setiap golongan masyarakat tanpa mengira peringkat umur.

Meskipun sekadar hiburan, elemen kerohanian, pesanan dan peringatan tetap disematkan dalam setiap bait lirik dan lagu nasyid. Alunan lirik yang indah juga secara tidak langsung menyentuh jiwa-jiwa pendengar menjadi lebih tenang.

Namun, kini industri muzik nasyid kian dilupakan bahkan fenomena itu sendiri semakin terkubur ditelan zaman selain sudah kurang menjadi ...

Read More →
blank

Nilai ringgit, infrastruktur punca bandar sempadan suram

KOTA BHARU: Nilai ringgit yang rendah berbanding bath Thailand dan kemudahan infrastruktur menjadi punca zon bebas cukai Rantau Panjang serta Pengkalan Kubor yang terletak di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini, suram berbanding suatu masa dahulu.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan berkata, semasa ringgit lebih tinggi berbanding bath, Rantau Panjang dan Pengkalan Kubur di Tumpat menjadi lokasi tumpuan ramai.

“Kebanyakan barangan jualan di Rantau Panjang dan Pengkalan Kubur datangnya dari Thailand. Dahulu kita boleh tewaskan mereka (Thailand) dengan ...

Read More →
blank

Presiden, Setiausaha persatuan hoki disiasat seleweng sumbangan

JOHOR BAHRU: Seorang Presiden persatuan hoki bergelar Datuk dan Setiausaha Kehormat ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa serta menyeleweng wang sumbangan berjumlah RM26,603.44 untuk kegunaan peribadi.

Perintah tahanan reman terhadap kedua-dua suspek berusia 59 dan 61 tahun yang bermula semalam dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rendah Johor Bahru, Muhammad Fitri Mokhtar.

Menurut sumber, Presiden persatuan hoki itu disyaki menyalahgunakan kuasanya dengan mengarahkan Setiausaha Kehormat persatuan itu memindahkan sebahagian ...

Read More →
blank

Johor tingkat hasil tenaga baharu

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri mahu meningkatkan penghasilan tenaga boleh diperbaharui, termasuk memperkenalkan polisi baharu yang menyasarkan penghasilan sebanyak 600 megawatt (MW) menjelang 2030.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ling Tian Soon berkata, perkara itu merupakan satu daripada tiga polisi baharu yang akan dilaksanakan oleh agensi-agensi berkaitan.

Dalam mesyuarat pertama Jawatankuasa Pembangunan Hijau Negeri Johor yang dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Onn hafiz Ghazi baru-baru ini, kerajaan negeri turut menggalakkan para pelabur menggunakan teknologi baharu.

Read More →
blank

Pembinaan dua lagi kapal OPV Maritim Malaysia diteruskan

PUTRAJAYA: Kerajaan akan meneruskan projek pembinaan dua lagi kapal peronda luar pesisir (OPV) bagi kegunaan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) biarpun kontrak asal pembinaan ditamatkan tahun lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau telah meminta supaya Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Awang Alik Jeman meneliti perkara itu termasuk mencari kontraktor baharu.

“Sebelum ini, Maritim hanya menerima satu daripada tiga OPV iaitu Kapal Maritim (KM) Tun Fatimah yang sudah bertugas menjaga perairan negara.

“Bagaimanapun, dua lagi (OPV) ...

Read More →
blank

Bagi bukti saya pergi mahkamah – Uqasha Senrose

KUALA LUMPUR: Berang rumah tangga diperkatakan, pelakon, Uqasha Senrose, meminta individu yang mencetuskan khabar angin untuk tampil memberikan bukti kononnya dia hadir ke mahkamah syariah, baru-baru ini.

Uqasha atau Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 32, terkejut mendengar tuduhan tidak berasas tersebut selain menegaskan hubungannya dengan suami yang juga pelakon, Kamal Adli berada dalam keadaan baik.

“Saya terkejut bila dengar dakwaan tersebut, saya tidak tahu dari mana datangnya ura-ura mengatakan saya ke mahkamah syariah. Jadi saya tidak boleh mahu komen.

“Demi Allah, saya ...

Read More →
blank

Terima Kasih Kepada Isteri, Sekarang Ini Dia Sedang Jaga Ibu Di Kedah

Rabu lalu, pelakon Fikry Ibrahim mengejutkan ramai apabila selamat mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan hati Khalizah Alihan.

Menerusi Melodi, Fikry berkata dia tiada niat merahsiakan perkahwinannya daripada pengetahuan umum, sebaliknya enggan menghebahkan perkara belum pasti.

BACA: Muka Pengantin Paling Tak Ceria, Netizen Dakwa Fikry Ibrahim Terpaksa Kahwin

“Bukan mahu merahsiakan perkahwinan tapi saya percaya jika belum pasti jangan kongsi,” katanya.

Sementara itu, mengenai dakwaan dia terpaksa berkahwin susulan riak wajahnya yang tidak ceria, Fikry menafikan dia tidak bahagia

Read More →
blank

“Demi Allah Saya Tak Jejak Mahkamah Syariah, Bagi Bukti”

Pelakon Uqasha Senrose meminta pihak yang menuduh perkahwinannya kini bergolak serta didakwa ke mahkamah syariah untuk tampil mengemukakan bukti.

Memetik Kosmo, Uqasha berkata dia tidak pernah jejakkan kaki ke mahkamah syariah seperti disebarkan pihak tertentu dan jika benar dia berbuat demikian pasti ada namanya.

BACA: “Mahkamah Syariah Pun, Saya Tak Tahu Kat Mana” – Kamal Adli

“Kalau saya ke mahkamah syariah, mestilah ada nama saya di sana. Jika benar cerita saya sudah sampai mahkamah, berilah bukti. Mahkamah mana? ...

Read More →
Page 584 of 2,195 «...560570580582583584585586...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X