Blog

192,857 salah guna dadah tahun lalu, peningkatan membimbangkan

KULIM: Trend penyalahgunaan dadah dalam tempoh tiga tahun ini merekodkan peningkatan yang ketara apabila seramai 192,857 orang terlibat pada tahun lalu sekaligus meletakkan kegiatan itu dalam keadaan membimbangkan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, berbanding tahun 2023, mereka yang terlibat penyalahgunaan dadah adalah seramai 145,526 orang dan 137,176 orang pula pada 2022.

Katanya, lebih merisaukan apabila julat umur individu 15 hingga 39 tahun paling tinggi terlibat iaitu sekitar 61 peratus dengan kesemua ...

Read More →

“Masa Kursus Kahwin Jangan Tidur, Fahami Ilmu Asas” – Amin Idris Tegur Pasangan Suami Isteri Gemar Cerai Taklik

Sejak tahun lalu, isu perceraian melalui lafaz taklik semakin sering dibincangkan dalam kalangan masyarakat.

Antara sebab utama isu perceraian taklik ini mendapat perhatian di media sosial adalah kerana beberapa selebriti tanah air yang bercerai akibat pasangan mereka melanggar perjanjian taklik yang telah dibuat.

Terdapat juga pandangan yang menganggap cerai taklik kini menjadi ...

Read More →
blank

Kombinasi klasik mewah, moden sederhana

blank

blank

Penggemar dekorasi sederhana namun masih mahukan suasana estetik pasti suka dengan hiasan dalaman yang Seri kongsikan minggu ini. Dekorasinya minimal dengan elemen moden yang sederhana, namun kehadiran beberapa sisi klasik mewah terasa membangkitkan suasana. Kediaman milik pasangan Usahawan dan Pakar Psikiatri, Aszalina Alwy dan Dr. Ahmad Izzat Ahmad Tajjudin ini mengetengahkan kemewahan klasik dengan percikan … Read More →

blank

Maritim siasat SOP penggunaan senjata api 

GEORGE TOWN : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) kini sedang menjalankan siasatan dalaman terhadap prosedur operasi standard (SOP) berkaitan penggunaan senjata api berkaitan insiden di Tanjung Rhu, Banting, Selangor, bulan lepas.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pada masa yang sama, pihak polis juga sedang menyiasat sama ada terdapat sebarang pelanggaran undang-undang dalam pelaksanaan tugas semasa kejadian itu berlaku.

“Siasatan dijalankan dalam dua peringkat. Pertama, siasatan dalaman oleh Maritim Malaysia dan ...

Read More →
blank

Bina perumahan rakyat di estet

KUALA SELANGOR: Kerajaan mengarahkan pembinaan perumahan rakyat perlu bagi kesemua keluarga yang bekerja dan tinggal di dalam kawasan estet di seluruh negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, rundingan dengan pemilik-pemilik estet berskala besar perlu diadakan bagi mengenal pasti kawasan yang boleh dibangunkan untuk pembinaan Program Residensi Rakyat (PRR).

Menurutnya, matlamat seperti Program Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang yang dilakukan oleh kerajaan baru-baru ini wajar dijadikan contoh untuk memastikan kehidupan rakyat yang lebih selesa turut dinikmati di kawasan luar bandar.

Contoh ...

Read More →
blank

Snowpy si manja telinga ‘labuh’

blank

blank

Sifatnya yang manja, mesra dan mudah didekati menjadikan arnab berbaka Holland Lop bernama Snowpy ini berjaya menawan hati seorang gadis yang hanya ingin dikenali sebagai Shabina. Berasal dari Belanda, baka ini bukan sahaja terkenal dengan saiznya yang kecil, tetapi juga dengan telinganya yang terkulai, menambah daya tarikannya yang tersendiri. Menurut Shabina, dia menemui Snowpy melalui … Read More →

blank

‘Bapa saya patut mati dalam penjara’

blank

blank

PADA November 2020, tepat pukul 8.25 malam, Caroline Darian, 45, menerima panggilan telefon yang mengubah hidupnya dalam sekelip mata. Di hujung talian, suara ibunya, Gisele Pelicot, memberitahu satu ‘rahsia’ yang tidak pernah dibayangkannya akan berlaku. “Dia memberitahu saya, (bapa) Dominique Pelicot memberi dadah selama hampir 10 tahun, dan membiarkan puluhan lelaki merogolnya. “Pada saat itu, … Read More →

blank

Bekalan perubatan global terkandas akibat sekatan AS

blank

blank

WASHINGTON: Ratusan juta dolar bekalan perubatan dibiarkan terkandas di gudang dan kapal di seluruh dunia, berikutan tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump membekukan bantuan asing. Perintah tersebut, bersama tindakan lain oleh pentadbiran Trump untuk membubarkan Agensi Pembangunan Antarabangsa AS (USAID), mengganggu rantaian bekalan global bagi bantuan perubatan yang dibiayai Washington, walaupun terdapat pengecualian bagi … Read More →

blank

Orang ramai boleh ambil gambar, video perokok di restoran

JOHOR BAHRU: Orang ramai dibenarkan untuk mengambil gambar dan merakam video mana-mana individu yang didapati melanggar undang-undang melarang aktiviti merokok di premis makanan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon berkata, bukti tersebut boleh disalur kepada Pejabat Kesihatan Daerah untuk tindakan penguatkuasaan diambil.

Katanya, masyarakat tidak perlu berasa takut untuk sama-sama memastikan undang-undang di negara ini dipelihara.

“Orang awam yang jumpa penghisap rokok di kawasan tidak dibenarkan termasuk restoran, mereka boleh ...

Read More →
Page 578 of 2,195 «...550560570576577578579580...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X