SEREMBAN: Kerajaan sedang meneliti keperluan terhadap rangka kerja perundangan lebih ketat bagi memastikan ketelusan dalam pembiayaan politik dan mengelakkan penyalahgunaan dana.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, isu pendanaan politik merupakan perkara yang menjadi perhatian dalam usaha membanteras rasuah.
Tegasnya, politik wang boleh membawa kepada risiko penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan.
“Justeru penggubal undang-undang memainkan peranan penting dalam memastikan dasar lebih ketat dapat dilaksanakan bagi mengawal dana politik secara lebih telus dan berintegriti,” katanya pada sesi libat ...